Khamis, 22 April 2010

Lakaran Hati Buat Sahabat

Graduasi 2010
     Pertama kali bertemu, bersalaman, saling memperkenalkan diri. Selepas itu, kita akan bersama dia melayari hidup di sekolah. Ya Allah, terima kasih kupanjatkan padaMu kerana telah menitipkan untukku sahabat yang selama ini ku tunggu. Ukhuwah itu anugerah Allah buat kita utk dinikmati. Dalam kita melangkah kita akan bertemu onak dan duri utk Allah menguji persahabatan kita. Duhai sahabat, di mana dikau dikala ku memerlukanmu. Dimana dikau dikala ku merindui mu. Aku tercari-carimu wahai sahabatku. Walau aku tidak membawa apa-apa erti buatmu, akukan tetap mendoakan kebahagianmu, ketenangan dan ketabahan dunia dan akhirat. Wahai sahabat, ku dedikasikan surat ini khas buatmu....
Tamrin Mursyidah Mumtazah(TMM) 2010


Annual Dinner 5UH 2009
Ya Allah,
Aku kini merasakan tawarnya ukhwah antara sahabat2ku,
Aku kini merasakan rapuhnya ikatan tali persahabatan,
Aku kini merasakan sepinya keriangan akrab persahabatan.
Wahai Tuhan,
Aku merindui manisnya madu ukhwah yang lahir dari kelopak mawar yang indah,
Aku merindui basahnya jalinan persahabatan yang muncul dari terjunan air,
Aku merindui hangatnya goncangan tangan sahabat yang sentiasa mendamaikan.
Ya Allah,
Tuhan Yang telah Mengikat Hati2 Kami,
Apakah persahabatn yang ku jalinkan bukan didasari oleh perintah Tuhan?
Hanya kerana nafsu dan bisikan syaitan,
Aku merayu... kembalikanlah kehangatan ukhwah yang akan melahirkan Mawaddah...
Amin...


TMM 2010

Ku layarkan kata2 ini buat,
Sahabat2ku di SMAKNL,n
semua sahabat yg sentiasa ku cintai sepenuh hatiku,
Cintaku hanya kerana Allah,
Sahabat,
Dikaulah sumber inspirasiku...

2 ulasan:

saya berkata...

syukran shbtku!syg kamu amat2

Dr. Maryam berkata...

Syg kamu juga...

Related Posts with Thumbnails