Isnin, 19 April 2010

Hilangkan Jerawat Anda Segera!!!

Assalamualaikum..
Hari ini ana nak kongsi ilmu yang ana dapat daripada Adobe Photoshop. Dapat sendiri tau. Tak ade orang ajar. Allah ajar mungkin. Ana bukan nak jual produk untuk menghilangkan jerawat. Ini juga bukan produk untuk menghilangkan parut. Bukan jugak nak promote Clean & Clear. Tapi, tutorial kali ini ana nak ajar macam mana hendak menghilangkan jerawat anda dalam gambar. Haa... excited tak nak belajar??? Jom bersama ana...


Sebelum 'DiCuci'

Selepas 'DiCuci'


Baca lagi...





 Oklah.. Jom ana ajar korang semua macam mana nak buang cela pada wajah anda. Peringatan, jangan gunakan ilmu ini ke arah kejahatan. Hari ini korang kena panggil ana cikgu. Hehe.. Sebab.. Hadis Rasulullah pernah mengatakan, kalau tak silap, "Seseorang itu akan dianggap guru walaupun dia mengajar hanya satu ayat,". Mari bersama ana..

Langkah pertama, awak mestilah membuka Adobe Photoshop. Kalau tak bukak, alamatnya gambar awak takkan ter'edit'.

Tekan butang OPEN dan pilih gambar yang awak nak edit tu.

Lihat gambar untuk panduan.

Selepas awak dah pilih-pilih gambar yang hendak di'cuci', Klik pada 'Clone Stamp Tool(S)' seperti dalam gambar di bawah. Lepas tu, gerakkan cursor korang tu pada tempat yang nak diklon. Atau dengan kata lain, tempat yang bersih dari jerawat. Haha..

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Sekarang klik papan kekunci depan korang tu. Tekan yang mana satu? Tekan yang ada huruf 'Alt' dalam masa yang sama, left Klik mouse awak. Tahukan? Tapi pastikan awak tekan 'Alt' dulu.

Sekarang, awak boleh 'cuci' semua parut dan jerawat yang ada pada wajah awak. Bagi yang tak de jerawat, awak boleh berambus berhenti dari membaca tutorial saya. Mungkin membosankan untuk awak. Baca entry saya yang lain. Ok.

1
2
3
4
5- Inilah hasilnya.

Bagi yang ingin berwajah 'cerah dan putih', anda boleh halakan cursor pada bahagian yang putih dan cerah. Dan buat macam tadi. Tekan yang ada huruf 'Alt' dalam masa yang sama, left Klik mouse awak. Tapi pastikan awak tekan 'Alt' dulu.

Perlu diingatkan, bahawa proses 'mencuci' wajah anda memerlukan skill dan ketelitian. Ana mula-mula nak try pun, agak susah sebab belajar sendiri. Tapi, ianya akan menjadi senang bila korang cuba.
Bila dah siap, bolehlah gunakan gambar tu. Haha..
Memang gambar boleh berbohong! Kepercayaan ana sudah hilang pada orang yang mengiklankan sabun jerawat dan parut sama ada dalam internet atau televisyen kecuali disertakan dengan testimoni dan bukti-bukti yang kukuh!

Peringatan sekali lagi, jangan gunakan ilmu ini ke arah kejahatan!
Ada cara untuk membuatkan gambar korang yang berpakaian lengkap menjadi gambar yang tak lengkap. Terus terang la senang. Menjadikan gambar korang bogel. Tapi, ana takkan ajar di sini. Takut korang selaku anak murid ana menggunakannya ke arah kejahatan. Nanti ana akan menanggung dosa korang semua. Tak mau!!!
Berhati-hatilah kalian dalam apa jua tindakan. Tambah lagi orang perempuan. Yang cun, comel, cantik, menawan dan menggoda. Mungkin ada orang-orang yang jahat cuba nak membogelkan memusnahkan gambar anda. Takut!!!
Gambar-gambar dalam blog ana adalah yang original. Ana tidak meletakkan pencuci ke atas mana-mana gambar. Begitulah gambar ana dalam blog ana seadanya. Bagi ana, natural tetap cantik. Hihi...

Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya di ruangan komen pada cikgu yea. Kalau rasa malu, boleh hantar email kat cikgu. Kalau ada apa-apa tambahan, boleh beritahu pada cikgu.
Sekian saja tutorial ana pada hari ini, jumpa lagi pada tutorial yang akan datang.
Nak tahu tutorial yang seterusnya? Jadilah follower ana dan menjadi visitor yang setia di blog ana.!..
Apa tunggu lagi? Praktikkan ilmu yang kat atas tu. Kalau dah menjadi, bilang sama ana. Ana mau tengok, mau tilik, mau komen. Jangan malu. Hantar ke email ana. Hehe..(tak de niat jahat pun di hati ini. tengok muka ni, punya la jujur. (^_^) ).

P/s : untuk mudah faham, baca doa dulu sebelum baca. Ok yea anak2??
Sekian.

5 ulasan:

Mr Ex's Apit berkata...

cehh ingtkan gune susu kambeng td hampeh tul..tp memang best photoshop memang hebat menipu..nila indah khabar dari rupa..ekekeke

Dr. Maryam berkata...

Bro Ex dh cuba buat ke??
ke wajah bro Ex dh licin & bersih..
heheh..

nurKN @ Nur berkata...

hehehe..igt td drMryam tul2 la nk share petua petui td..skli tknik pmbrsihn wjh scra maya daa..

Dr. Maryam berkata...

sje je...
alah xkn doc xleh nak ajr mnde2 mcm ni..
btul x Nur..
hehe...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,,,,tumpang lalu...

Related Posts with Thumbnails