 |
| Maksud kata2 dlm gmbar: "Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stereng" |
"Hidup kita ini ibarat sebuah kereta yang sedang dalam perjalanan. Di mana, kita perlu mengisi minyak supaya perjalanan dapat diteruskan. Tanpa minyak, kereta itu ibarat sebuah besi buruk yang tidak berguna di tepi jalan walaupun harga kereta itu bernilai jutaan ringgit. Begitu juga diri kita. Diri kita perlukan pengisian bila mana diri kita kekeringan iman. Iman kita ada naik turunnya. Jadi kerana itulah, kita selalu berusaha untuk meningkatkan iman kita supaya kita tidak menjadi seperti besi buruk tadi."
Satu kata-kata yang cukup terkesan di hati saya untuk sentiasa meningkatkan iman kita. Amat saya akui, manusia sering lalai dan leka. Oleh kerana itulah, kita memerlukan orang yang boleh menyedarkan kita dari kealpaan kita.
Ada banyak cara yang kita boleh buat untuk meningkatkan iman kita.
1. Sering berzikir pada Allah.
2. Menjauhi perkara-perkara maksiat.
3. Berkawan dengan orang yang mulia akhlaknya.
4. Mengikuti program keilmuan. Contoh: Usrah/ halaqah, ceramah
5. Beristighfar pada Allah SWT.
Sekadar itu saja yang boleh dikongsi sebelum tidur. Sekian..
Wallahua'lam..
1 ulasan:
Ilmu..Iman..Amal..
Catat Ulasan