Bismillahirrahmanirrahim...
![]() |
| Hipnosis secara formal. |
Ada dua cara hipnosis. Pertama, hipnosis secara formal iaitu orang yang nak menghipnosis(penghipnosis) seseorang dia memaklumkan kepada objek yang akan dia hipnosis. Faham tak bahasa saya? Kalau tak faham boleh tanya ye. Kedua. hipnosis secara tidak formal, di mana orang dihipnosis tidak sedar bahawa dia telah dihipnosis.
Hipnosis boleh dibuat pada pasangan kita atau pun pada anak-anak. Oklah. Saya takkan ajar bagaiman cara nak hipnosis secara formal tetapi saya nak ajar macam mana nak hipnosis secara tidak formal. Di mana, pasangan kita atau anak-anak kita tidak sedar bahawa mereka telah dihipnosis.
Untuk menghipnosis seseorang, dia(objek) hendaklah berada dalam keadaan minda separa sedar. Secara umumnya setiap manusia akan berada dalam minda separa sedar sebanyak dua kali setiap hari. Iaitu semasa dia hendak tidur dan selepas dia bangun dari tidur. Jadi, para isteri atau suami boleh memanfaatkan masa ini untuk menghipnosis pasangan anda. Heheh...
Syarat untuk melakukan hipnosis ialah, anda tidak boleh menyebut sebarang perkataan "tidak", "jangan", "tak boleh". Ataupun perkataan-perkataan yang melarang atau negative. Ini kerana, minda separa sedar manusia tidak akan merakamkan sebarang perkataan "TIDAK". Minda separa sedar manusia akan menerima segala perkataan kecuali "TIDAK".
Mari saya tunjukkan demonstrasi secara bertulis... Heheh..
Bila kita tengok pasangan kita dalam keadaan mamai, macam nak tidur, tapi belum tidur, anda boleh pergi pada pasangan anda dan berbisik je. Cakap pada pasangan anda apa yang anda mahu dia buat pada anda. Contohnya, "Abang, sayang tahu abang sayang sangat pada sayang. Sayang harap lepas ni abang lebih romantik, pandai ambil hati sayang dan seorang suami yang sangat pemaaf. Sayang sayang abang. Sayang harap abang setia pada sayang." Itu contoh saja. Anda boleh sebutkan ayat yang bersesuaian dengan kehendak anda. Apabila pasangan anda bangun dari tidur, dia akan lebih romantik, penyayang dan lebih sayang pada anda. Inilah terapi yang boleh dibuat pada pasangan anda.
Tapi, anda jangan kata seperti ini, "Abang, sayang harap abang tak kawin lain. Sayang mohon, abang janganlah kawin lain." Suami anda akan tersenyum kerana, minda separa sedar suami anda tidak merakam perkataan "Tak" dan "Janganlah". Maka, ayat yang anda beri pada suami anda akan menjadi seperti ini pada minda suami, "Abang, sayang harap abang kawin lain. Sayang mohon, abang kawinlah lain.
Nampak tak perbezaannya? Haa... Kalau suami menerima Green Light dari anda untuk kawin lain, maka perbuatan suami anda selepas bangun dari tidur akan menjurus kepada kata-kata anda tadi.
Samalah juga seperti anda lakukannya pada anak-anak anda. Anda boleh hipnosis anak anda yang malas, degil atau apa saja. Sekarang, anda boleh bermula dengan melakukan hipnosis pada pasangan anda.
Ingin diingatkan, tiada sebarang jampi serapah diperlukan. Ini bukan pukau! Ini HIPNOSIS!
![]() |
| Gambo ni mcm plik jek cre dia hipnosis. |
Selalu la jenguk-jenguk sini ye.. Salam...





0 ulasan:
Catat Ulasan