
Suatu hari saya buka laman web My LOOK, saya buat pencarian bertajuk 'Tekanan Seorang Doktor' . Oleh kerana minat yang mendalam ingin memilih bidang kedoktoran, saya ingin tahu dengan lebih lanjut peranan dan gaya hidup seorang doktor, terutama sekali semasa housemen selama dua tahun atau doktor pelatih. Waktu yang cukup sibuk bagi doktor. Betul ke? Jadi, saya terjumpa blog Dr. Nazrey. Walaupun blog itu sebenarnya menceritakan masalah yang dihadapi oleh doktor2, namun sekali gus ia menunjukkan gaya hidup sebagai seorang doktor. Kalau nak tahu apa yang ditulis di blog doktor ni, boleh klik sini.
Mari baca lagi...
Saya copy satu artikel yang ditulis oleh Dr.Nazrey kat sini:
Luahan rasa doktor yang penat
SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.
Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad. Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar.
Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.
Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.
Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa. DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN Kuala Lumpur
Jadi, bila dah baca tu rasa macam beratnya tanggungjawab sebagai seorang doktor. Kalau nak tanya tertekan sangat ke? Memang betul2 tertekan la. Tapi, yang pasti ia takkan mengubah cita-cita saya untuk jadi seorang doktor satu hari nanti. Kongsikan dengan kawan-kawan yang teringin nak jadi doktor jugak. ok?
Sekian...
Apa Itu Pilates?
8 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan