Ahad, 11 April 2010

Virus Kencing Tikus (LEPTOSPIROSIS)

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian Din Beramboi kerana beliau telah menghidap penyakit Leptospirosis (virus kencing tikus). Penyakit ini boleh mengundang maut kepada penghidapnya. 
Haa...nak tahu lebih lanjut???   
Baca seterusnya...

Cara Penyebaran Kepada Manusia
Virus ini tersebar melalui air, tanaman atau tanah yang telah dicemari oleh air kencing haiwan yang telah dijangkiti virus tersebut. Virus ini boleh memasuki mata, hidung, kulit yang melecet atau makanan yang telah dicemari.

Simptom-simptom Jangkitan

Simptom-simptom akan kelihatan hanya selepas 4 hingga ke 9 hari apabila seseorang dijangkiti.
Antara simptom-simptom jangkitan ialah :

  1. Demam tinggi
  2. Menggigil
  3. Sakit kepala
  4. Terasa Lesu/lemah
  5. Muntah-muntah.
  6. Radang Mata
  7. Rasa nyilu pada bahagian betis dan punggung.
Jadi, kita semua wajar mengambil langkah berjaga-jaga. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Kesan Yang Akan Berlaku Kepada Pesakit LEPTOSPIROSIS
  1. Pada hari ke4 dan ke6, bahagian hati pesakit akan menjadi kekuningan.
  2. Kegagalan Buah Pinggang(Ginjal)
  3. Jantung akan rasa berdebar-debar tidak menentu, membengkak dan gagal berfungsi.
  4. Pada bahagian paru-paru, pesakit akan merasa nyilu, batuk berdarah dan sesak nafas. Berlaku juga pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan, pencernaan, buah pinggang, alat sulit dan mata.
  5. Bagi pesakit yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan, cacat atau mati ketika dalam kandungan.
Langkah-langkah Pencegahan

Bagi langkah-langkah pencegahan, pasti ianya berkaitan dengan kebersihan kawasan sekeliling rumah terutamanya.
  1. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
  2. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda, membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran.
  3. Kalau diikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai. Paling mudah bagi saya, setiap kali nak makan, pastikan bekas makanan kita tu bersih, basuh dulu sebelum letak nasi dalam pinggan atau tuang air dalam gelas. Jangan terus bubuh je. Siapa tahu, mungkin tikus2 yang berkeliaran lalu-lalang kat pinggan mangkuk kita?
Wallahua'lam.
Sama-sama kita menjaga kebersihan.

Virus nampak je baik mcm kucing ni. Tp, sbnanye, jhat!
Gambar hiasan semata-mata

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails