Bismillahirrahmanirrahim..
Bangun pagi tadi rasa sakit bahagian gusi dan tengkuk. Sampai bengkak. Sakit sekali. Sakit sampai tidur tak lena, makan tak lalu. Ingatkan jatuh cinta, rupanya sakit gigi. Auch! Nak menelan air liur pun sakit. Tengok cermin nampak gusi bengkak. Kenapa ni??? Haa.. inilah tajuk sebenarnya. Hari ini saya ingin kongsi ilmu baru. Oleh kerana saya dah tumbuh gigi geraham bongsu, jadi saya google la apa-apa pasal gigi geraham bongsu. Nak memamah makanan pun sakit...
![]() |
| Sumber: Puan Google |
Rupanya gigi geraham bongsu sedang tumbuh. Gigi geraham Bongsu atau dengan kata lain Wisdom Tooth ini selalunya akan mula tumbah sekitar umur 19 ke 24 tahun. Saya rasa agak pelik sebab umur baru 17 tahun 4 bulan. Lambat lagi nak masuk 19. Kenapa dah tumbuh?
Ingin saya petik dari keratan akhbar berita harian, mengatakan selagi Wisdom Tooth belum tumbuh selagi itulah anda belum dewasa. Jadi saya ni dah dewasa la kot. Geraham bongsu juga sering dikaitkan dengan kesakitan dan penanda kedewasaan seseorang. Kesakitan berlaku kerana gigi geraham yang sedang tumbuh itu sedang menolak gusi. Itulah yang menyebabkan gusi saya terasa berdenyut-denyut.
Oleh kerana gigi itu tumbuh sekitar umur 19 ke 24 tahun, sebab itulah ia dipanggil Wisdom tooth kerana kelewatan ia untuk tumbuh.
![]() |
| Sumber: Dr. Google |
Jika pembaca saya yang setia mengalami sakit yang kuat ketika wisdom tooth anda nak tumbuh, Dr. Maryam menasihatkan supaya berjumpa doktor Gigi untuk mengeluarkan gigi tersebut. Heheh.. Bukan cabut! Tapi mengeluarkan supaya ia dapat tumbuh tanpa gangguan. Mungkin akan melibatkan pembedahan kecil. Namun ini bukanlah perkara yang serius.
Bukan semua orang akan mengalami kesakitan semasa gigi geraham bongsu hendak tumbuh. Jika awak mengalami kesakitan yang semasa gigi geraham bongsu hendak tumbuh, anak awak mungkin tidak.
Ooo...jadi sebab itulah saya rasa sakit yang amat bila nak tumbuh gigi ni..
![]() |
| Barangkali, ini yang menyebabkan kesakitan. |
Sekian saja dari Dr. Maryam, jumpa lagi untuk info akan datang. (^_^)!




5 ulasan:
Akak dah umur 30 pun wisdom tooth xabis klua lagi..
Iye kak???
hmm...kira remaja lg la akak ni...
maryam best la awak br tumbuh.. sy ms form 4 ag.. ms cekgu dok mgajar kt depan sy dok sakit gigi kt blakang, ms preksa sy telan ubat tahan sakit..mcm2 lah.. last skali februari br ni sy g check doc, doc ckp sy kena buang gusi kt ats gigi bru sy sbb die xle kluar sepenuhnya.. sabar je la.. 2 hari jugak sakit kepala nk demam.. tp skrang, alhamdulillah.. dah baik dan gigi2 sy sedang tumbuh dengan gembiranya!~
Iye wani??
cepatnye..
hmm...bgus la..yam xyah jmpa doktor sbb dia tumbuh dgn elok..
heheh..
samalah kita wani...f.4 gak...
alhamdulillah sya ok je...
skrang dah tumbuh ngn elok...
atas n bawah....
Catat Ulasan