Selasa, 9 Ogos 2011

Setelah Sekian Lama Menyepi

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sangat-sangat tak update blog ni. Sudah bersawang, berhabuk. Kesian pada pembaca bila masuk sini mesti batuk-batuk. Saya minta maaf sangat-sangat. Terkini mengenai diri saya. InsyaAllah.. saya akan melanjutkan pelajaran ke UMS bulan september ini  dalam jurusan Nutrition. Hati ni meronta-ronta bila tak dapat apa yang diinginkan. Tapi alhamdulillah, cuba sedaya upaya untuk membelai hati dan perasaan. Doakan semoga saya berjaya dunia dan akhirat.

Harap-harap belum terlewat nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Sama-sama kita perbanyakkan amal ibadat dalam bulan yang penuh barakah di mana, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya perlindungan dari api neraka.

Sebelum tutup entry ni, nak jemput anda semua ke blog bisnes saya di UmmiCraft. Sekian.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails