Selasa, 9 Ogos 2011

Setelah Sekian Lama Menyepi

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sangat-sangat tak update blog ni. Sudah bersawang, berhabuk. Kesian pada pembaca bila masuk sini mesti batuk-batuk. Saya minta maaf sangat-sangat. Terkini mengenai diri saya. InsyaAllah.. saya akan melanjutkan pelajaran ke UMS bulan september ini  dalam jurusan Nutrition. Hati ni meronta-ronta bila tak dapat apa yang diinginkan. Tapi alhamdulillah, cuba sedaya upaya untuk membelai hati dan perasaan. Doakan semoga saya berjaya dunia dan akhirat.

Harap-harap belum terlewat nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Sama-sama kita perbanyakkan amal ibadat dalam bulan yang penuh barakah di mana, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya perlindungan dari api neraka.

Sebelum tutup entry ni, nak jemput anda semua ke blog bisnes saya di UmmiCraft. Sekian.

Sabtu, 24 April 2010

Pukau vs Hipnosis

Bismillahirrahmanirrahim...

Dr. Google pnye gambo.
     Apa khabar pembaca setia blog saya? Heheh... Pada entry kali ini, saya nak ajar perkara berkaitan pukau versus hipnosis. Jangan salah faham. Saya takkan ajar jampi serapah untuk pukau. Syirik! Tak nak bagi ilmu-ilmu serong pada awak semua. Pukau menurut kamus dewan bermaksud, jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap @ hilang akal, tak dapat berkata apa-apa. Hipnosis dalam Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidak sedar tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang menjadikannya demikian. Nak tahu lebih lanjut? Mari bersama Dr. Maryam...Heheh...
Hipnosis secara formal.

Khamis, 22 April 2010

Wisdom Tooth...

Bismillahirrahmanirrahim..
Bangun pagi tadi rasa sakit bahagian gusi dan tengkuk. Sampai bengkak. Sakit sekali. Sakit sampai tidur tak lena, makan tak lalu. Ingatkan jatuh cinta, rupanya sakit gigi. Auch! Nak menelan air liur pun sakit. Tengok cermin nampak gusi bengkak. Kenapa ni??? Haa.. inilah tajuk sebenarnya. Hari ini saya ingin kongsi ilmu baru. Oleh kerana saya dah tumbuh gigi geraham bongsu, jadi saya google la apa-apa pasal gigi geraham bongsu. Nak memamah makanan pun sakit...

Sumber: Puan Google

Lakaran Hati Buat Sahabat

Graduasi 2010
     Pertama kali bertemu, bersalaman, saling memperkenalkan diri. Selepas itu, kita akan bersama dia melayari hidup di sekolah. Ya Allah, terima kasih kupanjatkan padaMu kerana telah menitipkan untukku sahabat yang selama ini ku tunggu. Ukhuwah itu anugerah Allah buat kita utk dinikmati. Dalam kita melangkah kita akan bertemu onak dan duri utk Allah menguji persahabatan kita. Duhai sahabat, di mana dikau dikala ku memerlukanmu. Dimana dikau dikala ku merindui mu. Aku tercari-carimu wahai sahabatku. Walau aku tidak membawa apa-apa erti buatmu, akukan tetap mendoakan kebahagianmu, ketenangan dan ketabahan dunia dan akhirat. Wahai sahabat, ku dedikasikan surat ini khas buatmu....
Tamrin Mursyidah Mumtazah(TMM) 2010

Selasa, 20 April 2010

Cinta Dunia

   
    Sambil menulis, hati ini menangis. Ya Allah, aku merasakan hidayahMu itu datang padaku. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku. Tidak Kau berikan ujian pada hambaMu melainkan atas kesanggupannya. Ya Allah, aku tak kuat menghadapi ujianMu. Ya Allah, aku butuh Kamu dalam hatiku. Ya Allah, Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tak mahu hati ini dikotori dengan maksiat tehadapMu. Ya Allah, berikan ku kekuatan.
     Ya Allah, andai dia untukku peliharalah aku daripada melakukan maksiat sebelum aku halal untuknya. Andai dia bukan untukku, aku ingin pelihara hati ini sehingga layak diberikan pada yang hak.
Aku tahu, aku selalu lalai dalam tindakan ku. Hidupku bukan selamanya. Maka ya Allah, jadikan aku seorang yang sentiasa berzikir padaMu. Seorang hamba yang taat padaMu...

Mecerdes vs Besi Buruk


Maksud kata2 dlm gmbar: "Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stereng"

"Hidup kita ini ibarat sebuah kereta yang sedang dalam perjalanan. Di mana, kita perlu mengisi minyak supaya perjalanan dapat diteruskan. Tanpa minyak, kereta itu ibarat sebuah besi buruk yang tidak berguna di tepi jalan walaupun harga kereta itu bernilai jutaan ringgit. Begitu juga diri kita. Diri kita perlukan pengisian bila mana diri kita kekeringan iman. Iman kita ada naik turunnya. Jadi kerana itulah, kita selalu berusaha untuk meningkatkan iman kita supaya kita tidak menjadi seperti besi buruk tadi."



Isnin, 19 April 2010

Hilangkan Jerawat Anda Segera!!!

Assalamualaikum..
Hari ini ana nak kongsi ilmu yang ana dapat daripada Adobe Photoshop. Dapat sendiri tau. Tak ade orang ajar. Allah ajar mungkin. Ana bukan nak jual produk untuk menghilangkan jerawat. Ini juga bukan produk untuk menghilangkan parut. Bukan jugak nak promote Clean & Clear. Tapi, tutorial kali ini ana nak ajar macam mana hendak menghilangkan jerawat anda dalam gambar. Haa... excited tak nak belajar??? Jom bersama ana...


Sebelum 'DiCuci'

Selepas 'DiCuci'


Baca lagi...




Sabtu, 17 April 2010

Mari Mengaji!

From left: My youngest brother(Abdurrahman), my second youngest brother(Nu'aim) and my brother(Suhaib)

From right: My encem bro(Zubair), Abdurrahman, Nu'aim

Assalamualaikum. Petang-petang gini rasa macam nak post entry baru jek. So inilah dia entry yang simple... Sebenarnya tak ada apa2 pun nak dikongsi hari ni. Cuma nak tayang video ni je. Bagus punye video. Tengoklah. Lepas tengok jemput2 lah komen ye.

video

Khamis, 15 April 2010

Cara-cara PrintScreen

Bismillahirrahmanirrahim...
Okay.. Hari ni ana nk kongsi satu ilmu baru y ana dapat semalam. Oleh kerana ana nk menyertai jackpot y dibuat oleh Bro DarkBatman dot com, ana kne wt PrintScreen tapi ana xthu. Kerana kau bro. Lepas cari punye cari, akhirnya dapatlh jugak belajar bnde baru. Mungkin rmai y kate, "eleh, printscreen dh lme aku pndai,". Tapi ana xkisah, nak jugak cerita kat sini. So..tumpukan perhatian..

Baca lagi...

Selasa, 13 April 2010

Tekanan Seorang Doktor


Suatu hari saya buka laman web My LOOK, saya buat pencarian bertajuk 'Tekanan Seorang Doktor' . Oleh kerana minat yang mendalam ingin memilih bidang kedoktoran, saya ingin tahu dengan lebih lanjut peranan dan gaya hidup seorang doktor, terutama sekali semasa housemen selama dua tahun atau doktor pelatih. Waktu yang cukup sibuk bagi doktor. Betul ke? Jadi, saya terjumpa blog Dr. Nazrey. Walaupun blog itu sebenarnya menceritakan masalah yang dihadapi oleh doktor2, namun sekali gus ia menunjukkan gaya hidup sebagai seorang doktor. Kalau nak tahu apa yang ditulis di blog doktor ni, boleh klik sini.
Mari baca lagi...

Related Posts with Thumbnails